Wakaf Mensejahterakan ummah!

Dan siapa yang mengerjakan kebaikan,
 akan kami tambahkan kebaikan baginya

Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM. Pusat Wakaf dan Endowmen 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 Harta Wakaf Uthman bin Affan terus bertambah sehingga hari ini
 " Wahai Sahabatku, siapa saja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat surgaNya Allah Ta'ala" ( HR. Muslim).
Khalifah Uthman bin Affan salah seorang sahabat nabi yang menjalankan perniagaan, kaya raya, murah hati dan dermawan. Uthman bin Affan juga mempunyai akaun di salah sebuah bank di Saudi? Nama akaun dan bil elektrik juga masih atas nama beliau. 

Bagaimana beliau memiliki hotel atas namanya di berhampiran Masjid Nabawi itu?
Diriwayatkan pada zaman Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam, kota Madinah pernah mengalami kelaparan dan juga sukar untuk mendapatkan air bersih. Mereka (kaum muhajirin ) sudah terbiasa minum dari air zam-zam di Makah. Satu-satunya sumber air yang tinggal adalah sebuah perigi milik seorang Yahudi, perigi Raumah namanya. Rasanya seperti dengan perigi zamzam. Kaum muslimin dan penduduk Madinah terpaksa beratur dan membeli air bersih dari Yahudi tersebut.
Atas keprihatinan keadaan umatnya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian bersabda: " Wahai Sahabatku, siapa saja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat surgaNya Allah Ta'ala" ( HR. Muslim) .
Uthman bin Affan Radhiyallahu ' anhu yang kemudian segera bertindak untuk membebaskan perigi Raumah itu. Uthman segera mendatangi Yahudi pemilik perigi dan menawar untuk membeli perigi Raumah dengan harga yang tinggi. Walaupun sudah diberi tawaran yang tinggi, si Yahudi pemilik perigi tersebut tetap menolak menjualnya, "Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Uthman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku peroleh setiap hari " demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya .
 
Uthman bin Affan Radhiyallahu ' anhu yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah Ta'ala, tidak berputus asa untuk mengatasi penolakan Yahudi ini .
 
"Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigi" Uthman meneruskan rundingan.
 
" Maksudmu? " tanya Yahudi kehairanan.
 
"Begini, jika engkau setuju maka kita akan mempunyai perigi ini bergantian. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu ke satu hari yang lain. Bagaimana? " jelas Uthman.
Yahudi itupun berfikir, " ... saya mendapat wang banyak dari Uthman tanpa perlu kehilangan perigi milikku ". Akhirnya si Yahudi bersetuju menerima tawaran Uthman tadi dan bersepakat mulai hari itu perigi Raumah adalah milik Uthman bin Affan Radhiyallahu ' anhu.
 
Uthman pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi Raumah, sila mengambil air untuk keperluan mereka secara percuma kerana hari ini perigi  Raumah adalah miliknya. Dia juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari kerana pada keesokan harinya perigi itu bukan lagi milik Uthman.
Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi tanpa pembeli kerana penduduk Madinah masih mempunyai persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Uthman dan berkata "Wahai Uthman belilah setengah lagi perigi ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya semalam " . Uthman setuju, lalu Uthman membelinya dengan harga 20000 dirham, maka perigi Raumah pun menjadi milik Uthman secara sepenuhnya.
 
Kemudian Uthman bin Affan Radhiyallahu 'anhu mewakafkan perigi Raumah dan sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.
Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin dan setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pohon kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Uthmaniyah memeliharanya hingga semakin berkembang lalu disusuli penjagaan tersebut oleh Kerajaan Saudi sehingga berjumlah 1550 pokok.
 
Jabatan Pertanian Saudi telah menjual hasil kebun kurma ini ke pasaram dan separuh daripada keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Sebahagianya disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah sebuah bank atas nama Uthman bin Affan di bawah pengawasan jabatan Pertanian.
Begitulah seterusnya sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah dan membina hotel yang cukup besar di salah sebuah tempat yang strategik berhampiran Masjid Nabawi.
 
Bangunan hotel itu sudah hampir siap dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan mendapat keuntungan sekitar RS 50 juta setahun. Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengahnya lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Uthman bin Affan radhiyallahu anhu.
 
Subhanallah, ... Jelas peniagaan dengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi.
 
Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariyah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun orangnya sudah lama meninggal dunia.
 
Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:
 
إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
 
"Apabila manusia meninggal dunia , terputuslah segala amalannya , kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya". 
[HR . Muslim , Abu Dawud dan Nasa'i ].

Dan disebutkan pada hadits yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah Radhiyallahu ' anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda .
 
إن مما يلحق المؤمن من عمله وحسناته بعد موته علما علمه ونشره وولدا صالحا تركه ومصحفا ورثه أو مسجدا بناه أو بيتا لابن السبيل بناه أو نهرا أجراه أو صدقة أخرجها من ماله في صحته وحياته يلحقه من بعد موته
 
"Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah : ilmu bermanfaat yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya diwaktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia ".

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber zilzaal.blogspot.com
Opened laptop

Wakaf Masjid Nabawi Zaman Rasulullah SAW

Salah satu wakaf masjid yang dikenal di zaman Rasulullah adalah pembangunan Masjid Nabawi di Madinah. 
Phone

Sejarah Awal Perwakafan Zaman Rasulullah SAW

Islam adalah agama yang punya kekuatan besar untuk mengaturkan segala urusan kemanusiaan.
Front view laptop

Kisah Sebidang Tanah di Khaibar

Peristiwa ini terjadi disaat Nabi hijrah ke Madinah dan sebelum pindah ke rumah pakciknya yang berasal dari Bani Najjar.

"Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya".

(Q.S. Asy Syuura: 23)

@Pusat Wakaf dan Endowmen
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2018.
Hak cipta terpelihara.

HUBUNGI KAMI
Pusat Wakaf dan Endowmen

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
07 - 4538586 
07 - 4536051
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.