Program Munaqasyah Ilmu: Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan

BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) komited dalam mengetengahkan budaya wakaf dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang manfaat ibadah ini. Penasihat Wakaf UTHM, Datuk Dr Nooh Gadot berkata, pihaknya juga kini dalam usaha memberikan pendedahan kepada institusi pendidikan di negara ini agar dapat merancakkan gabungan aktiviti pendidikan dengan wakaf.

Menurutnya, usaha ini akan dimulakan di negeri Johor dan Melaka di mana institusi pendidikan juga digalakkan untuk menjana ekonomi melalui aktiviti wakaf sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan dana daripada kerajaan."UTHM telah melibatkan diri di dalam aktiviti wakaf sejak tahun 2017 lagi melalui program Wakaf Tunai Pendidikan UTHM yang digunakan untuk aktiviti hemodialisis dan prasarana di sini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, dana wakaf berkenaan juga akan digunakan oleh pelajar yang memerlukan melalui pembayaran biasiswa, bantuan kewangan, bayaran yuran serta aktiviti kebajikan dan penyelidikan selain telah memperkenalkan dua program wakaf terbaharu iaitu Wakaf Khidmat Perundingan Profesional dan Wakaf Harta Intelek.Katanya, Wakaf Khidmat Perundingan Profesional ini adalah melalui pelbagai kerja perundingan pihak UTHM sama ada di dalam serta luar negara dan sebahagian hasilnya akan disalurkan kepada Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM.

"Begitu juga dengan Wakaf Harta Intelek di mana hasil karya ilmiah dari warga UTHM ini akan disalurkan sebahagian hasil royaltinya yang akan diagihkan kepada penerimanya melalui Lembaga Penasihat Wakaf UTHM. "Kita berharap dengan adanya aktiviti wakaf di institusi pendidikan seperti di UTHM ini akan dapat membuka mata pelbagai pihak kepentingan wakaf ini dalam memberikan manfaat kepada golongan penerima wakaf berkenaan," katanya.

Terdahulu, pada 11 Julai lalu, UTHM telah menjadi penganjur kepada seminar ‘Munaqasah Ilmu Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan’, di Dewan Kuliah 2, UTHM Kampus Induk, di Parit Raja, di sini, yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Islam Johor.

Petikan dari Akhbar Sinar Harian Selasa, 23 Julai 2019. 
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/39098/EDISI/Johor/UTHM-tingkatkan-kesedaran-budaya-wakaf
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

"Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya".

(Q.S. Asy Syuura: 23)

@Pusat Wakaf dan Endowmen
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2018.
Hak cipta terpelihara.

HUBUNGI KAMI
Pusat Wakaf dan Endowmen

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
07 - 4538586 
07 - 4536051
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.