Objektif

                    Penubuhan Pusat Wakaf dan Endowmen ini adalah bertujuan membantu universiti dalam menjana pendapatan. Di antara objektif penubuhannya adalah seperti berikut:

1.       Memperkasa aktiviti penjanaan Wakaf dan Endowmen yang lebih terfokus dan spesifik mengikut dasar penubuhan tabung.

2.       Memberi kuasa kepada PTj untuk membuat perancangan dan menguruskan halatuju Wakaf dan Endowmen mengikut garis panduan yang telah disediakan.

3.       Pengurusan tadbir urus yang cekap, dalam memastikan organisasi atau institusi dapat menjalankan proses yang melibatkan harta/simpanan dana wakaf dan endowmen seperti yang ditetapkan.

4.       Merancang pelan jangka masa pendek dan panjang yang lebih jelas dan bersistematik bagi memastikan halatuju dan perancangan wakaf dan endowmen dapat dijalankan dengan cekap dan efisien.

5.       Melaksanakan struktur organisasi yang turut dilaksanakan oleh beberapa Universiti Awam lain di mana Pusat Wakaf dan Endowmen adalah sebagai satu PTi yang berasingan dibawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Kelestarian dan Kewangan).

"Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan kebaikan baginya Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya".

(Q.S. Asy Syuura: 23)

@Pusat Wakaf dan Endowmen
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2018.
Hak cipta terpelihara.

HUBUNGI KAMI
Pusat Wakaf dan Endowmen

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.
07 - 4538586 
07 - 4536051
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.