Peranan dan Tanggungjawab:
1) Melaksanakan R&D tentang isu-isu berkaitan wakaf khususnya Wakaf tunai dan pelaburan Wakaf Tunai.
2) Mengemukakan cadangan dasar berkaitan Penyelidikan dan Pembangunan DWTP UTHM.
3) Memantau aktiviti berkaitan penyelidikan dan pembangunan dengan sistematik dan tepat samada penyelidikan dalaman, secara kerjasama atau khidmat luar.
4) Mencadang dan melaksanakan bengkel/ seminar/ simposium berkaitan DWTP UTHM.
5) Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh mana-mana individu yang berpengalaman dan berkelayakan bagi meneliti dan memastikan setiap pembangunan tidak merugikan serta menepati garis panduan syarak.
6) Mewujudkan kolobarasi penyelidikan wakaf bersama institusi/ Agensi.
7) Memohon dana penyelidikan daripada pelbagai sumber luar untuk membangunkan eko sistem wakaf di UTHM.
8) Menjana pendapatan melalui aktiviti perundingan, penyelidikan berkaitan wakaf.
9) Menerbitkan buletin, makalah, newsletter tentang wakaf secara berkala.
10) Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan perancangan yang telah dibuat kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.