Peranan dan Tanggungjawab:
1) Menasihati Lembaga Penasihat DWTP UTHM berkenaan pengurusan sumber manusia, perkhidmatan dan kebajikan staf.
2) Mencadangkan dasar mengenai pengurusan untuk pertimbangan Lembaga Penasihat DWTP UTHM.
3) Mengawal selia urusan pentadbiran DWTP UTHM.
4) Memastikan DWTP UTHM mempunyai skim perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan semasa.
5) Memastikan segala ketetapan yang telah dipersetujui oleh Lembaga Penasihat DWTP UTHM semasa mesyuarat ahli Lembaga Penasihat Wakaf UTHM diambil tindakan yang sewajarnya dan dalam kadar yang segera.
6) Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan perancangan yang telah dibuat kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.
7) Memantau pendaftaran harta wakaf, mengeluarkan sijil hujjah wakaf, menyimpan daftar rekod dengan sempurna dan teratur.
8) Merancang dan mencadangkan garis panduan dan polisi berkaitan kewangan DWTP.
9) Memantau prestasi pengurusan kewangan DWTP UTHM.
10) Memastikan segala prosedur dan rekod kewangan dipatuhi mengikut peraturan undang-undang yang berkuatkuasa.
11) Menilai aspek kewangan dan risiko kedayahidupan projek.