Skip to main content

Apa Itu Wakaf

Pengenalan Wakaf:

 

     Wakaf adalah satu bentuk ibadah secara serahan harta yang dimiliki oleh seseorang untuk kegunaan umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 

     Secara asasnya, wakaf dimaksudkan sebagai menahan sesuatu harta yang boleh diambil manfaat daripadanya dengan dikekalkan 'ayn' (Fizikal) harta itu dengan memutuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf dan hasilnya digunakan untuk tujuan kebajikan serta untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 

     Secara ringkasnya, harta yang diwakafkan tidak lagi menjadi milik pewakaf tetapi ia tertahan atas hukum dan menjadi milik Allah SWT dan manfaatnya diagihkan untuk kebajikan sesuai dengan tujuan wakaf. 

Objektif Tabung Wakaf:

 

1)  Memberi kuasa kepada PTj untuk membuat perancangan dan menguruskan halatuju Wakaf mengikut garis panduan yang telah disediakan. 


2)  Membudayakan Wakaf setiap PTj agar penjanaan dapat ditingkatkan.


3)  Memperkasakan aktiviti penjanaan Wakaf yang lebih berfokus dan spesifik mengikut dasar penubuhan tabung.


4)  Merancang pelan jangka masa pendek yang lebih jelas dan bersistematik bagi memastikan halatuju dan perancangan dijalankan dengan lebih cekap dan efisen.

Fungsi Tabung Wakaf adalah:

 

1)  Memberi dermasiswa Pendidikan kepada pelajar yang layak.


2)  Memberi bantuan kewangan kepada pelajar & staf yang memerlukan.


3)  Memberi bantuan secara one-off kepada staf ditimpa bencana.


4)   Memberi bantuan berupa dana bagi tujuan penyelidikan, kemudahan pengajaran dan pembelajaran,pembelajaran, pembangunan universiti seperti kemudahan, fasiliti dan apa jua bentuk membantu universiti.


5)  Membiayai/ menaja aktiviti yang sesuai tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Lembaga Penasihat Wakaf Universiti.


6) Prihatin terhadap keperluan & maslahah komuniti warga UTHM & setempat.