Skip to main content

BERWAKAF DI BULAN MUHARAM

Bulan Muharam merupakan salah satu Bulan Haram di dalam Islam.

Fiman Allah SWT dalan Surah Al Taubah ayat ke 36 yang bermaksud: “ Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah sebanyak dua belas bulan, seperti yang ditetapkan pada hari Dia menciptakan langit dan  bumi. Antaranya adalah empat bulan haram. Yang demikian itu adalah agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu di dalam bulan-bulan tersebut (bulan haram).”

Dalam riwayat Imam Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya masa itu beredar seperti keadaan asalnya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan dan ada empat bulan-bulan haram. Tiga yang berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, serta bulan Rejab Mudhar yang berada di antara Jumadilakhir dan Sya’ban.”

Media PWE Kongsi Maklumat

Bulan-bulan haram bermaksud iaitu bulan yang sangat dihormati lagi dimuliakan dan bulan yang diharamkan berperang di dalamnya serta dilarang memutuskan hubungan silaturrahim. Setiap sesuatu yang mempunyai kemuliaan dan kelebihan di sisi Allah S.W.T sudah tentu menatijahkan ganjaran dan hukuman yang berbeza berkaitannya.

Berwakaf adalah salah satu bentuk infaq yang sangat digalakkan dalam islam. Ia merupakan amalan yang tidak akan merugikan bahkan sangat menguntungkan. Keuntungan ini bukan sahaja dapat dikecapi di akhirat bahkan di dunia lagi Allah S.W.T telah memberikannya. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al Fathir ayat ke 29 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah, mendirikan shalat dan menginfakkan (sama dengan berwakaf, sedekah dan zakat) sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tiada merugi.”.

Selain daripada itu, ia bukan sahaja menguntungkan bahkan dilipat gandakan sehingga 700 kali gandaan. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 261 yang bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap satu tangkai tumbuh seratus biji benih. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha mengetahui.”

Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini untuk berwakaf dan berinfaq pada setiap masa lebih-lebih lagi pada bulan-bulan haram yang dijanjikan gandaan pahala dan keberkatan yang berterusan.

Pusat Wakaf dan Endomen UTHM

Julai 2024

  • Last updated on .