Skip to main content

Pemegang Amanah Endowmen

Peranan dan Tanggungjawab:

 

1)  Menentukan, mengesahkan dan memastikan pengurusan endowmen mematuhi misi dan matlamat Universiti.


2)  Mewujudkan, menetapkan dan mengkaji dasar, perancangan, peraturan dan sumber untuk mencapai matlamat penubuhan endowmen.


 

3)   Membuat keputusan keatas semua perkara yang mungkin mewujudkan kesan kewangan yang ketara, atau yang isu-isu lain yang memberi kesan kepada endowmen Universiti.


 

4)   Meluluskan strategi penambahan dana endowmen dan memastikan perancangan adalah relevandan mengikut peredaran zaman.


 

5)  Meluluskan belanjawan tahunan, laporan tahunan, akaun atau apa-apa laporan lain sebelum diterbitkan.


6)  Mempunyai kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa baharu dan melantik mana-mana orang bagi membantu Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen Universiti dalam pengurusan endowmen.


7)  Mempunyai kuasa untuk melantik Ahli atau Ahli Turut Hadir dalam Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen Universiti atau jawatankuasa baharu yang ditubuhkan bagi membantu dalam pengurusan endowmen.


8)  Mewujudkan dan mengkaji Terma Rujukan (Term of Reference) bagi Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen Universiti atau jawatankuasa baharu yang ditubuhkan.


9)  Bertanggungjawab dalam semua aktiviti yang telah diluluskan bagi pengumpulan dan penggunaan data.


10) Mengurus dan memastikan perolehan dana dibuat mengikut prosedur dan peraturan Universiti serta mengikut persetujuan bersama pihak penderma. 


11) Meluluskan had pengeluaran dan penggunaan dana endowmen Universiti.


12) Memantau dan mengurus prestasi dana endowmen seperti yang dipersetujui dalam strategi dan Key Performance Index (KPI) bagi Universiti.