Skip to main content

Jawatankuasa Promosi dan Agihan

Peranan dan Tanggungjawab:

 

1)  Menjalankan promosi DWTP melalui pelbagai aktiviti secara bersepadu seperti ceramah, forum, jerayawara serta promosi atas talian bagi menyebarluas kewujudan DWTP bagi mewujudkan kesedaran warga universiti, institusi, agensi kerajaan/ korporat serta seluruh masyarakat untuk berwakaf. 


2)  Membina, merekabentuk, sistem promosi atas talian seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain bagi mempromosi DWTP UTHM dan mengemaskini laman web DWTP dari masa ke semasa.


3)   Menetapkan sasaran minima satu industri/agensi yang berskala besar untuk menyumbang kepada DWTP setiap tahun.


4)   Mengemukakan cadangan dasar berkiatan agihan.


5)  Merancang, mengenal pasti dan mencadangkan agihan kepada pihak dan penerima yang layak.


6)  Meneliti, menyemak dan memperakukan setiap permohonan yang dikemukakan oleh pemohon.


7)  Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan aktiviti yang dilaksanakan kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.