Skip to main content

Objektif

                    Penubuhan Pusat Wakaf dan Endowmen ini adalah bertujuan membantu universiti dalam menjana pendapatan. Di antara objektif penubuhannya adalah seperti berikut:

1.       Memperkasa aktiviti penjanaan Wakaf dan Endowmen yang lebih terfokus dan spesifik mengikut dasar penubuhan tabung.

2.       Memberi kuasa kepada PTj untuk membuat perancangan dan menguruskan halatuju Wakaf dan Endowmen mengikut garis panduan yang telah disediakan.

3.       Pengurusan tadbir urus yang cekap, dalam memastikan organisasi atau institusi dapat menjalankan proses yang melibatkan harta/simpanan dana wakaf dan endowmen seperti yang ditetapkan.

4.       Merancang pelan jangka masa pendek dan panjang yang lebih jelas dan bersistematik bagi memastikan halatuju dan perancangan wakaf dan endowmen dapat dijalankan dengan cekap dan efisien.

5.       Melaksanakan struktur organisasi yang turut dilaksanakan oleh beberapa Universiti Awam lain di mana Pusat Wakaf dan Endowmen adalah sebagai satu PTi yang berasingan dibawah Pejabat Bendahari.