Peranan dan Tanggungjawab:
1) Merancang strategi dan melaksanakan inisiatif-inisiatif endowmen bagi mencapai dasar-dasar atau matlamat yang telah ditetapkan.
2) Merangka polisi, peraturan dan garis panduan berhubung tatacara pengurusan, perakaunan dan pengauditan akaun amanah endowmen.
3) Memastikan segala terimaan dan perbelanjaan yang dibuat kepada, dan dari Akaun Amanah Endowmen diperakaukan di Pejabat Bendahari Universiti dengan betul dan sempurna.
4) Bertanggungjawab dalam penyediaan laporan dan penyata seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen.
5) Memupuk dan membangunkan hubungan masyarakat, global dan antarabangsa berhubung dengan inisiatif endowmen Universiti.
6) Meluluskan pengeluaran dan penggunaan dana bagi membiayai kos pengurusan operasi serta aktiviti endowmen yang telah diluluskan oleh Universiti terhad kepada nilai RM50,000.00 ke bawah (<RM50,000.00).
7) Meluluskan pembayaran insentif kepada pegawai yang terlibat dengan pemasaran dan promosi endowmen Universiti tertakluk kepada had kelulusan yang dibenarkan.