Apa Itu Endowmen
Pengenalan Endowmen
Endowmen (Wakaf) ialah aset kewangan yang didermakan kepada institusi yang tidak berteraskan keuntungan sama ada dalam bentuk tabung pelaburan atau harta modal yang cara-cara penggunaanya telah ditetapkan oleh penderma. Kebanyakan endowmen biasanya menetapkan wang dari hasil pelaburan dari dividen yang diterima akan dibelanjakan dan menyimpan secara tetap wang derma asal.
Sebagai inisiatif baru, UTHM mempelawa dermawan dari individu atau organisasi di sektor awam dan swasta menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit mahupun bentuk fizikal dan pelaburan bagi meningkatkan dana penyelidikan dan pembangunan bagi memajukan modal insan dan teknologi di negara ini.
Halatuju masa hadapan universiti adalah melalui endowmen supaya UTHM tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.
Dengan tabung endowmen ini universiti mampu melakukan lebih banyak perkara untuk membantu pelajar, pengajaran dan pembelajaran dan mampu membantu meringankan kos operasi universiti.
Objektif Tabung Endowmen
1) Memberi kuasa kepada PTj untuk membuat perancangan dan menguruskan halatuju Endowmen mengikut garis panduan yang telah disediakan.
2) Membudayakan endowmen setiap PTj agar penjanaan dapat ditingkatkan.
3) Memperkasakan aktiviti penjanaan endowmen yang lebih berfokus dan spesifik mengikut dasar penubuhan tabung.
4) Merancang pelan jangka masa pendek yang lebih jelas dan bersistematik bagi memastikan halatuju dan perancangan dijalankan dengan lebih cekap dan efisen.
Fungsi Tabung Endowmen
1) Membiayai aktiviti yang melibatkan penyelidikan dan inovasi.
2) Membiayai aktiviti-aktiviti berteraskan kebajikan pelajar UTHM.
3) Membiayai kos berkaitan pembentukan Kursi Profesor seperti membayar elaun dan aktiviti penyelidikan.
4) Membiayai insentif pencapaian pegawai yang terlibat dengan penjanaan dana endowmen tertakluk kepada kadar yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah Universiti.
5) Membiayai kos pengurusan dan operasi berkaitan endowmen (tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen Universiti atau jawatankuasa baharu yang akan ditubuhkan).
6) Membiayai aktiviti yang difikirkan sesuai tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Amanah Endowmen Universiti.