Peranan dan Tanggungjawab:
1) Melaksanakan semua ketetapan sepertimana ditetapkan di dalam surat tawaran lantikan sebagai Nazir Khas DWTP dan dokumen MoU.
2) Memberi arahan berhubung pentadbiran wakaf.
3) Menubuhkan skim pengurusan wakaf.
4) Menyediakan/ meluluskan garis panduan berhubung pendaftaran, kutipan, pelaburan dan pengagihan manfaat wakaf yang patuh syariah.
5) Meneliti dan meluluskan peruntukan bajet yang dikemukakan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Syariah DWTP UTHM.
6) Memperakukan cadangan istibdal mauquf ke Lembaga Penasihat DWTP UTHM dengan memberi kebenaran terhadap pemindahan harta tak alih wakaf melalui cara jualan, hadiah, gadai janji, pertukaran atau pajakan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Syariah DWTP UTHM.
7) Memantau prestasi pelaksanaan operasi pejabat wakaf termasuk dari segi kutipan, pelaburan kewangan dan aktiviti-aktiviti berkaitan.
8) Memeriksa atau memanggil untuk pemeriksa memperakukan kedudukan harta-harta wakaf, akaun-akaun atau surat ikatan dan dokumen berkaitan Lembaga Penasihat DWTP UTHM.
9) Meluluskan pengeluaran dan penggunaan dana bagi membiayai kos pengurusan dan operasi serta aktiviti wakaf yang telah dipersetujui/ diperakukan oleh Jawatankuasa Syariah DWTP UTHM terhad kepada nilai RM500,000.00 ke bawah (<RM500,000.00).
10)Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan perancangan yang telah dibuat kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.