Skip to main content

Jawatankuasa Syariah

Peranan dan Tanggungjawab:

 

1)    Menasihati Lembaga Penasihat Wakaf UTHM berhubung Hal Ehwal Syariah dalam pengoperasian dan aktiviti DWTP UTHM.


2)    Memberikan pandangan dan nasihat dalam meluluskan sesuatu cadangan yang dikemukakan oleh pihak DWTP UTHM sebagai menepati hukum syarak dan sesuai dipertimbangkan oleh DWTP UTHM.


3)    Meneliti serta memberi pandangan dari sudut hukum syarak ke atas sebarang cadangan yang dikemukakan oleh pihak urusetia daripada DWTP UTHM.


4)    Mencadangkan penambahbaikan atau alternatif ke atas sebarang cadangan yang telah diputuskan sekiranya tidak bertepatan dengan kehendak hukum syarak.


5)    Mengesyorkan sebarang cadangan yang difikirkan sesuai dilaksanakan oleh DWTP UTHM bagi mencapai matlamat penubuhannya.


6)    Mengemukakan hujah berupa dalil syari’e bagi menyokong pandangan mengenai sesuatu cadangan jika perlu.


7)    Meluluskan dan mengesahkan apa-apa dokumen berkaitan yang mengandungi terma dan syarat bagi memastikan DWTP UTHM mematuhi prinsip-prinsip syariah.


8)  Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan perancangan yang telah dibuat kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.