1) Membantu di dalam memberikan nasihat dan panduan dalam sesuatu hukum yang berkaitan Wakaf.
2) Memberikan khidmat nasihat dalam meningkatkan jaringan kerjasama pintar yang berkaitan dengan pemerkasaan pelaksanaan wakaf di dalam sektor awam dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3)Memberi khidmat nasihat kepakaran bagi penyelidikan dan sumber dana dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.
4)Meluluskan perbelanjaan, pengeluaran dan pelaburan dana bagi membiayai kos pengurusan dan operasi serta aktiviti-aktivti berkaitan DWTP UTHM sepertimana yang telah diperakukan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan DWTP UTHM.
5) Melulus dan memperakukan segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa dibawah Lembaga Penasihat DWTP UTHM untuk dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.