1) Menjalankan promosi DWTP melalui pelbagai aktiviti secara bersepadu seperti ceramah, forum, jerayawara serta promosi atas talian bagi menyebarluas kewujudan DWTP bagi mewujudkan kesedaran warga universiti, institusi, agensi kerajaan/ korporat serta seluruh masyarakat untuk berwakaf.
2) Membina, merekabentuk, sistem promosi atas talian seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain bagi mempromosi DWTP UTHM dan mengemaskini laman web DWTP dari masa ke semasa.
3)Menetapkan sasaran minima satu industri/agensi yang berskala besar untuk menyumbang kepada DWTP setiap tahun.
4)Mengemukakan cadangan dasar berkiatan agihan.
5) Merancang, mengenal pasti dan mencadangkan agihan kepada pihak dan penerima yang layak.
6) Meneliti, menyemak dan memperakukan setiap permohonan yang dikemukakan oleh pemohon.
7) Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan aktiviti yang dilaksanakan kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.
Peranan dan Tanggungjawab:
1) Melaksanakan R&D tentang isu-isu berkaitan wakaf khususnya Wakaf tunai dan pelaburan Wakaf Tunai.
2) Mengemukakan cadangan dasar berkaitan Penyelidikan dan Pembangunan DWTP UTHM.
3) Memantau aktiviti berkaitan penyelidikan dan pembangunan dengan sistematik dan tepat samada penyelidikan dalaman, secara kerjasama atau khidmat luar.
4) Mencadang dan melaksanakan bengkel/ seminar/ simposium berkaitan DWTP UTHM.
5) Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh mana-mana individu yang berpengalaman dan berkelayakan bagi meneliti dan memastikan setiap pembangunan tidak merugikan serta menepati garis panduan syarak.
6) Mewujudkan kolobarasi penyelidikan wakaf bersama institusi/ Agensi.
7) Memohon dana penyelidikan daripada pelbagai sumber luar untuk membangunkan eko sistem wakaf di UTHM.
8) Menjana pendapatan melalui aktiviti perundingan, penyelidikan berkaitan wakaf.
9) Menerbitkan buletin, makalah, newsletter tentang wakaf secara berkala.
10) Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan perancangan yang telah dibuat kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.
1)Memastikan kawalan dalaman yang berkesan ke atas kewangan, pelaburan, prestasi, pengurusan dan pentadbiran DWTP UTHM berdasarkan Auditing, Accounting and Governance Standards for Islamic Financial Institutions (AAOIFI).
2)Meneliti semua hal berhubung audit dalaman dan luaran.
3)Menilai piawaian kawalan dalaman dan pelaporan kewangan.
4)Menilai penyata-penyata kewangan.
5)Menilai prestasi pengurusan dalaman.
6) Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan syor penambahbaikan yang telah dibuat kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.
Peranan dan Tanggungjawab:
1) Meneliti, dan menilai kedudukan kewangan DWTP UTHM.
2) Merancang aktiviti dan projek bagi meningkatkan kutipan DWTP UTHM.
3) Merancang projek-projek wakaf, kewangan projek dan pelaburan Dana Wakaf.
4) Menetapkan dasar-dasar perbelanjaan berhemah DWTP UTHM.
5) Mewujudkan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh mana-mana individu yang berpengalaman dan berkelayakan bagi meneliti dan memastikan setiap pelaburan tidak merugikan serta menepati garis panduan syarak.
6) Memastikan setiap projek yang dibuat menepati pengagihan yang dipersetujui di dalam MoU.
7) Melaporkan segala bentuk keputusan, tindakan dan perancangan yang telah dibuat kepada Lembaga Penasihat DWTP UTHM.