Skip to main content

Van yang sediada telah usang dan berusia tidak mampu untuk berkhidmat ke destinasi jauh.   Dengan kapasiti pelajar & staf sejumlah hampir 20,000 orang warga UTHM dan komuniti setempat yang amat bergantung keperluan yang merupakan fardhu kifayah bagi memenuhi maslahat ummah. Oleh itu cadangan projek ini diluluskan dengan mengambilkira penggunaannya melitupi seluruh warga & masyakat setempat.  Jenis van yang akan dipilih yang tahan lasak & selesa bagi waris ketika mengiringi jenazah ke destinasi jauh.

Pihak Pusat Wakaf & Endowmen amat mengalu-alukan mana-mana individu @ syarikat / agensi korporat jika turut serta dalam usaha memperkasakan  syariah wakaf demi memenuhi keperluan ummah disamping sebagai jariah yang senantiasa mengalir sehingga alam abadi.